Tiada double standard.

Kenapa terdapat perbezaan hukuman dikenakan kepada pesalah yang melanggar kuarantin?

Sama-sama kita kaji kes terbabit.

Kes 1 : Mak Cik Gelang Pink
Perbuatan : Langgar kuarantin dan disahkan POSITIF Covid-19.

Tertuduh didakwa mengikut Sub Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1987 iaitu dan boleh dihukum di bawah PENALTI AM Sub Seksyen 24(a) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hukuman : Penjara sehari dan denda RM 8000.

Kes 2 : Kes Kluster Sivagangga
Perbuatan : Langgar Kuarantin secara BERULANG dan menyebabkan tercetus Kluster baharu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Dituduh bawah seksyen 22 (b) yang boleh dihukum di bawah PENALTI AM Seksyen 24 (a) di bawah akta yang sama.

Hukuman : Penjara lima bulan dan denda RM 12,000.

Kes 3 : Lelaki di Sibu
Perbuatan : Melanggar kuarantin dan mengHEBOHkannya dengan bangga di Facebook. MENGAJAR bagaimana cara MEMBUKA gelang.

Didakwa mengikut PENALTI AM Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Hukuman : Menerima hukuman penjara lima bulan dan denda RM5,000.

Kes 4 : 17 Kelasi asing di Labuan.
Perbuatan : Langgar kuarantin dengan membeli belah di shopping kompleks.

Kes disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Hukuman : Kesemua diKOMPAUN RM1,000 dan telah membayar.

Kes 5 : YB Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Gagal mematuhi kuarantin di bawah peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Hukuman : Dikenakan KOMPAUN RM1000 dan telah menjelaskannya

Penalti Am : Boleh dipenjarakan atau denda atau keduanya

Kompaun : Kompaun sejumlah wang tidak melebihi seribu ringgit.

Kenapa kes 1,2,3 dikenakan Penalti Am dan kes 4,5 dikenakan kompaun.

Kes 1 : Langgar kuarantin & positif
Kes 2 : Langgar kuarantin, positif & pencetus Kluster baharu
Kes 3 : Langgar kuarantin, hebohkannya dan mengajar bagaimana buka gelang
Kes 4 : Langgar kuarantin & negatif
Kes 5 : Langgar kuarantin & negatif

TIADA DOUBLE STANDARD.

Advertisement

Maut.

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةٗۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

-Surah Al-Anbiya’, Ayah 35